Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kediaman terbakar di Kampung Pengkalan, Jalan Lutong Baru, Miri hari ini. Foto JBPM

Sebuah rumah di Kampung Pengkalan ranap terbakar pagi tadi

MIRI, 27 Nov: Sebuah kediaman terbakar di Kampung Pengkalan, Jalan Lutong Baru di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.57 pagi sejurus itu menggerakkan 15 anggota Balai Bomba dan Peyelamat (BBP) Lutong dibantu BBP Loeng ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal telah terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan pam jentera dan sumber air dari pili bomba berdekatan untuk mengawal dan memadam kebakaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan