Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Matthew Miller berkata kemajuan signifikan telah dicapai dalam usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Lubnan, lapor agensi berita Qatar (QNA) pada Selasa. Foto AFP

Kemajuan signifikan dicapai ke arah perjanjian gencatan senjata di Lubnan – Washington

ByBernama

WASHINGTON, 27 Nov: Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Matthew Miller berkata kemajuan signifikan telah dicapai dalam usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Lubnan, lapor agensi berita Qatar (QNA) pada Selasa.

Bercakap dalam satu taklimat media, Miller berkata: “Kami percaya kami hampir mencapai perjanjian. Kami percaya bahawa jurang perbezaan telah berjaya diperkecilkan dengan ketara. Tetapi masih ada langkah-langkah yang perlu diambil.”

“Harap kami akan sampai ke sana dengan satu perjanjian. Kami sedang berusaha sekeras mungkin untuk mendapatkan penyelesaian diplomatik yang membolehkan puluhan ribu orang di Lubnan dan Israel kembali ke rumah mereka.”

“Tetapi akhirnya, itu terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat, bukan kepada kami,” katanya.

Mengenai perbincangan nuklear yang akan diadakan oleh Perancis, United Kingdom dan Jerman dengan Iran, Miller berkata, “Kami sedang berkoordinasi rapat dengan rakan-rakan E3 kami mengenai pelaksanaan sepenuhnya kewajiban perlindungan nuklear oleh Iran.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan