Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Mesir berkata pada Selasa bahawa empat mayat telah ditemukan dan 31 orang diselamatkan selepas sebuah bot pelancong karam di pantai Laut Merah negara itu. Foto AFP

31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah

ByBernama

KAHERAH, 27 Nov: Pihak berkuasa Mesir berkata pada Selasa bahawa empat mayat telah ditemukan dan 31 orang diselamatkan selepas sebuah bot pelancong karam di pantai Laut Merah negara itu.

Bot berkenaan membawa 44 orang, termasuk 31 warga asing dalam satu pelayaran untuk aktiviti menyelam apabila ia karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Pihak berkuasa tempatan menerima isyarat kecemasan daripada bot berkenaan pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan semasa pelayaran untuk menyelam.

“Sebanyak 31 orang telah diselamatkan setakat ini dan empat mayat ditemukan,” kata Gabenor Laut Merah, Amr Hanafi, dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kewarganegaraan mangsa yang mayat mereka ditemukan.

Gabenor itu berkata tiga orang diselamatkan pada Selasa, termasuk dua warga Belgium.

“Usaha masih diteruskan untuk mencari sembilan lagi yang hilang,” katanya.

Menurut gabenor, 31 warga asing dari Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Poland, Belgium, Switzerland, Finland, China, Slovakia, Sepanyol, dan Ireland berada di atas bot itu semasa ia karam.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kemalangan itu.

Laut Merah adalah destinasi menyelam popular bagi pelancong di Mesir kerana terumbu karang dan kehidupan marinnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan