Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ruangan bangunan baharu Pasar Sungai Merah yang lebih besar, moden dan kondusif untuk peniaga serta pengunjung. Foto TVS

Bangunan baharu Pasar Sungai Merah mula beroperasi, lebih bersih dan moden

SIBU, 26 Nov: Bangunan baharu Pasar Sungai Merah yang lebih besar dan moden yang telah mula beroperasi akan menjadi batu loncatan terhadap perubahan wajah kawasan Sungai Merah.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata kawasan Sungai Merah akan mengalami perubahan dengan pelbagai perancangan untuk menjadikannya lebih menarik sekali gus menjadi lokasi pilihan pengunjung.

“Saya berharap ini adalah langkah pertama ke arah perubahan kawasan Sungai Merah kerana pada masa depan saya akan memperkenalkan rancangan dan projek lain untuk mengubah kawasan ini.

“Ini bagi meningkatkan jumlah pelawat yang datang ke sini dan menjadikan tempat ini lebih menarik,” katanya ketika ditemui pemberita semasa pra-pelancaran bangunan baharu Pasar Sungai Merah di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata pasar baharu yang dibina dengan peruntukan berjumlah RM8 juta tersebut kini menjadi ruang perniagaan lebih kondusif untuk golongan peniaga dan pelanggan.

Menurutnya, peniaga telah mula berpindah ke pasar baharu ini pada 22 November lalu dan mengucapkan tahniah kepada peniaga serta memberi sedikit cenderamata sebagai tanda sokongan.

Menurutnya lagi, sejak berpindah ke pasar baharu itu kebanyakan peniaga memberitahu sambutan daripada pelanggan sangat memberangsangkan.

“Beberapa gerai seperti gerai menjual mi kampua telah habis jualan seawal 11.00 pagi. Ini adalah permulaan yang sangat baik,” ujarnya lagi.

Tambahnya, projek tersebut juga mendapat sokongan penuh daripada Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan beliau menzahirkan penghargaan atas kerja keras dari peringkat perancangan sehingga pelaksanaannya.

Beliau juga memaklumkan pihaknya sedang membangunkan galeri nostalgia mengimbau kenangan pasar lama sebagai penghargaan kepada sejarah kawasan tersebut

Beliau turut memuji semangat peniaga yang sabar menghadapi cabaran semasa mereka dipindahkan ke lokasi sementara di tebingan Sungai Seduan di sini dua tahun lalu.

“Kini, mereka kembali ke lokasi tetap yang lebih baik, lengkap dengan kemudahan moden dan ruang yang lebih luas,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan