Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Golongan genius Sarawak berpeluang saksi pelancaran ‘Space Ship’

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Ogos: Buat julung kalinya Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Realfun menganjurkan NASA International Space Apps Challenge (atau Space Apps), hackathon global terbesar di dunia oleh National Aeronautics and Space Administration, Amerika Syarikat (NASA).

MESTR dalam kenyataan hari ini memberitahu, Space Apps Sarawak memberi peluang kepada peserta dari seluruh Sarawak untuk merealisasikan impian mereka memaparkan idea-idea genius pada hackathon kali ini.

“Tawaran hadiah-hadiah menarik berjumlah RM20,000 akan diberikan untuk 3 pemenang teratas.

“Pasukan dari Sarawak yang memenangi pertandingan global itu juga akan ditaja sepenuhnya untuk menyaksikan pelancaran ‘Space Ship’ atau pesawat angkasa di Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Selain itu, Syarikat Microsoft juga akan menaja kredit Azure bernilai USD 500 untuk Anugerah Azure Terbaik dan Azure Swag untuk setiap ahli.

Projek tempatan yang layak dan berpotensi besar untuk menang akan dicalonkan untuk dinilai oleh hakim global bagi bersaing di peringkat global.

Tahun ini menyaksikan penganjuran Space Apps yang ke-10 dengan tema “The Power of
Ten”.

Setiap tahun ia disertai ribuan peserta optimis daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar, ahli profesional, pakar teknologi, saintis, pereka, dan usahawan menggunakan data bebas dan terbuka NASA untuk menghasilkan penyelesaian kepada isu-isu Bumi dan Angkasa.

NASA International Space Apps Challenge (atau Space Apps) adalah hackathon antarabangsa anjuran National Aeronautics and Space Administration, Amerika Syarikat (NASA) yang akan berlangsung selama 48 jam secara maya serentak di bandar-bandar di seluruh dunia pada 2 dan 3 Oktober 2021.

Hackathon ini terbuka untuk mereka yang berada di bawah kategori umur senior (18 ke atas) atau kategori junior (umur 13-17).

Menurut kenyataan lagi, ia tidak terhad kepada pelajar yang mempunyai latar belakang teknikal sahaja malah juga terbuka kepada pelajar yang berminat untuk menyumbang idea bagi menyelesaikan masalah dunia nyata.

Maklumat lanjut dan pendaftaran Space Apps 2021 terdapat di https://www.spaceappssarawak.com/.

Pendaftaran akan ditutup pada 1 September 2021.

Taklimat umum secara maya akan dilakukan pada 27 Ogos 2021 untuk penerangan terperinci.

Pendaftaran untuk taklimat ini boleh dihantar di https://www.spaceappssarawak.com/briefing.

“Hackathon Angkasa NASA ini memberi rakyat Sarawak peluang menangani cabaran global sambil menayangkan bakat dan kreativiti tempatan,” ujar kenyataan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan