Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah ditemui pada tapak semaian cili fertigasi sempena Program Jangkauan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak di Kampung Narub, Dalat pada Isnin. Foto TVS

Penduduk Narub perlu terlibat secara aktif dalam penanaman cili

DALAT, 25 Nov: Petani dan penduduk Kampung Narub perlu melibatkan diri secara aktif dalam penanaman cili untuk dipasarkan di pasaran tempatan atau luar.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain menanam, mereka juga boleh menghasilkan produk berasaskan cili.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak sentiasa menggalakkan penduduk kampung untuk berbakti kepada tanah yang mereka miliki.

“Mereka boleh terlibat dengan pertanian moden menerusi inisiatif penanaman cili fertigasi di Kampung Narub yang merupakan usaha yang perlu dicontohi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Program Jangkauan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak di Kampung Narub, Dalat pada Isnin

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menjelaskan, beliau akan berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur dan keperluan pertanian bukan hanya di Kampung Narub tetapi kawasan sekitar.

“Apabilan jalan penghubung Medong ke kawasan ini siap, kemudahan mudah untuk memasarkan cili.

“Bukan sahaja untuk memasarkan produk yang dihasilkan, malah untuk orang akses tempat ini pun lebih mudah,” ujarnya.

Menurutnya, walaupun berskala kecil, projek penanaman cili fertigasi di Kampung Narub memberi impak besar kepada 292 penduduk.

“Sejak projek ini dimulakan sejak 202, sebanyak 490 kilogram cili berjaya dituai pada musim pertama penuaian, 569 kilogram cili dituai pada tahun kedua manakala setakat Oktober 2024, 540 kilogram cili berjaya dituai menerusi 2,954 beg poli dengan penduduk kampung berjaya meraih keuntungan antara RM7,000 hingga RM9,000,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan