Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Faitullah Morni (kanan) bergambar bersama-sama Muhammad Rais Sanusi dan Mohamad Nahari Nahar

Foto acara renang bawa tuah kepada Faitullah Morni

KUCHING, 25 Nov: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai jurugambar TVS, Faitullah Morni yang berada pada kedudukan tiga terbaik foto pilihan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXI.

Foto acara renang yang dihantar Faitullah tidak sia-sia selepas memenangi tempat kedua.

Faitullah sendiri tidak menyangka foto diambilnya turut menjadi pilihan dan antara yang terbaik.

“Saya memang tidak sangka berada pada kedudukan kedua. Ini kerana ramai jurugambar lain turut menghantar penyertaan,” katanya.

Menurutnya, pada masa akan datang beliau akan terus menghasilkan karya menerusi gambar berkisar pembangunan dan gaya hidup rakyat di Sarawak.

Kategori fotografi Pertandingan Fotografi dan Penulisan Artikel dimenangi Muhammad Rais Sanusi dari UKAS dan jurugambar Utusan Sarawak, Mohamad Nahari Nahar di tempat ketiga.

Agnes Tugong dari Utusan Borneo pula memenangi kategori penulisan.

Jude Peter Toyat dari The Borneo Post dan Mohammad Roji Abdullah (Berita Harian) masing-masing berada pada kedudukan kedua serta ketiga.

Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai RM2,000 dan sijil manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing menenangi wang tunai RM1,000 serta RM500.-TVS

Tags: foto, sukma, tvs

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan