Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Foto fail Jabatan Penerangan Malaysia

ILP Serian mulakan pengambilan pertama 13 Januari tahun depan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian akan memulakan pengambilan pertama seramai 60 pelajar pada 13 Januari 2025, kata Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata, penerimaan peralatan di ILP Serian bermula November lalu dan akan menerima sepenuhnya pada Julai 2025.

Menurutnya, jika tiada kelewatan dari segi prestasi pembekalan peralatan, pengambilan sepenuhnya boleh dilaksanakan pada Julai 2025.

“ILP ini akan menawarkan kursus seperti Teknologi Binaan Bangunan, CADD, Elektrikal, dan Penyamanan Udara.

“Pengisian perjawatan di ILP Serian pula akan dibuat secara berperingkat serta jumlah perjawatan keseluruhan di ILP Serian adalah seramai 72 orang,” katanya pada Sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem (GPS-Serian) yang meminta Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyatakan tarikh Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian akan beroperasi sepenuhnya.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mendedahkan ILP Serian merupakan yang ketiga di Sarawak dan ke-33 di Malaysia, dijangka menampung sekitar 600 pelajar setelah menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan