Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan bahawa bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk. Foto AFP

Bekalan makanan dibenarkan masuk ke Gaza tidak penuhi keperluan penduduk – UNRWA

ByBernama

RAMALLAH, 25 Nov: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan bahawa bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut laporan itu, situasi sedemikian menyebabkan krisis yang teruk, khususnya dalam mendapatkan bekalan roti, sehingga kebanyakan kedai roti di selatan Semenanjung Gaza terpaksa ditutup.

UNRWA menjelaskan bahawa lebih dua juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza kini dikepung oleh kelaparan, dahaga, penyakit dan ketakutan, dengan mendapatkan makanan menjadi tugas yang mustahil bagi keluarga di wilayah itu.

Agensi itu turut menyatakan bahawa keadaan penduduk berkenaan di khemah dan pusat perlindungan perpindahan adalah tragis, memandangkan kelaparan dan kesejukan, serta ketidakmampuan organisasi antarabangsa untuk memenuhi keperluan mereka akibat kekurangan makanan dan pemakanan.

UNRWA menyeru pembukaan penuh lintasan sempadan dan kemasukan bekalan yang diperlukan penduduk bagi mengurangkan kebuluran yang semakin memburukkan kes-kes kekurangan zat makanan dan pelbagai penyakit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan