Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh belas orang terkorban apabila sebuah bas terhumban ke dalam gaung di jalan pergunungan terpencil di negeri Alagoas, timur laut Brazil pada Ahad. Foto hiasan Envato

Kemalangan bas di Brazil mengorbankan 17 nyawa

ByAFP

Rio De Janeiro, 25 Nov: Tujuh belas orang terkorban apabila sebuah bas terhumban ke dalam gaung di jalan pergunungan terpencil di negeri Alagoas, timur laut Brazil pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan.

Pihak polis sedang berusaha mengenal pasti mangsa yang terkorban dan mengeluarkan mayat dari rangka bas yang jatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter, kata kerajaan negeri dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, beberapa orang juga cedera dalam kemalangan tersebut.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menerusi X berkata kerajaan beliau akan memberikan segala sokongan yang diperlukan kepada pihak berkuasa negeri dalam bantuan, penjagaan dan sokongan kepada mangsa.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Gabenor negeri Alagoas, Paulo Dantas, mengumumkan di X tempoh berkabung selama tiga hari atas tragedi tersebut.

Bas tersebut dilaporkan membawa kira-kira 40 orang di jalan pergunungan menuju ke sebuah tapak bersejarah berhampiran bandar Uniao dos Palmares apabila pemandunya hilang kawalan dipercayai akibat kerosakan mekanikal.

Bas itu terbabas di kawasan yang sukar diakses, berhampiran sebuah tapak di banjaran gunung Serra da Barriga yang mempunyai kepentingan sejarah bagi rakyat Brazil.

Pada abad ke-17, terdapat sebuah penempatan di kawasan itu yang merupakan sebahagian daripada Quilombo dos Palmares, sebuah komuniti terpencil yang dibentuk oleh hamba yang melarikan diri, tetapi akhirnya dihancurkan oleh penjajah Portugis di Brazil.

Bulan November merupakan bulan sambutan “Kesedaran Kulit Hitam” di Brazil dengan cuti umum pada 20 November untuk memperingati kematian Zumbi, pemimpin paling terkenal dari Quilombo dos Palmares.

Menteri Kesaksamaan Kaum Brazil, Anielle Franco, berkata di X bahawa beliau “terkesan mendalam” dengan berita kemalangan itu, sambil menambah bahawa “tragedi ini membuatkan kita lebih berduka” memandangkan acara Kesedaran Kulit Hitam sedang berlangsung di rantau tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan