Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warganegara asing diberkas kerana terlibat dalam pengedaran dadah di perhentian bas Jalan Miri-Pujut di sini, malam tadi. Foto IPD Miri

Lelaki warganegara asing diberkas terlibat pengedaran dadah di Miri

MIRI, 24 Nov: Seorang lelaki warganegara asing diberkas kerana terlibat dalam pengedaran dadah di perhentian bas Jalan Miri-Pujut di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada jam 7 malam.

“Hasil serbuan pihak polis telah menjumpai dan merampas sekotak rokok berwarna putih tertera tulisan LA Ice di dalam poket sebelah kiri seluar suspek.

“Apabila diperiksa di dalamnya dijumpai satu paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan- ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 5.61 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan berjumlah RM620.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri bagi permohohan reman dan diluluskan selama empat hari,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan