Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak menghadiri Majlis Tautan Kasih Gedong Permulaan Kami (GPK) 2024 di Bintulu malam ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Anwar setuju Sarawak lokasi pelancaran satelit

BINTULU, 23 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya Sarawak dijadikan sebagai lokasi pelancaran satelit.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat pembangunan fizikal Malaysia yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ogos lalu.

“(Ini) disebabkan oleh lokasi kita yang terletak tepat pada khatulistiwa serta boleh menjadi tempat untuk melancarkan satelit. Jadi kita mesti melatih anak Sarawak untuk pakar dalam industri ini.

“Apabila beliau setuju maka saya wujudkan kursus latihan di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), tetapi mereka mesti ada degree dan sekarang di Kolej Universiti i-CATS sudah ada tiga orang profesor yang mana dua daripada mereka adalah tenaga pengajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor yang akan melatih anak Sarawak dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tautan Kasih Gedong Permulaan Kami (GPK) 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sebelum ini, Abang Johari memberitahu Kerajaan Persekutuan telah mengenal pasti Sarawak sebagai lokasi untuk pelancaran satelit dan ia akan diwartakan sedemikian.

Menurutnya, pelancaran satelit adalah selaras dengan sasaran untuk menceburi teknologi angkasa yang diyakini akan menjadi sumber ekonomi baharu kepada negara dan mengukuhkan sektor ekonomi.

“Mudah-mudahan ini akan menjadi nyata dan Sarawak akan memainkan peranan dalam industri baharu ini,” ujarnya.. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan