Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vaksin

40.8% populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

ByBernama

SEBANYAK 40.8 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,315,774 orang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Isnin, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya memaklumkan setakat Isnin juga, 18,476,589 individu sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,792,363 dos.

Menurut perkongsian maklumat itu, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 56.9 peratus setakat Isnin.

Dalam pada itu, vaksinasi harian pada Isnin pula mencatatkan penurunan kepada 396,576 dos berbanding 441,100 dos diberikan dua hari lepas, dengan 246,109 daripadanya merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

– BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan