Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kesedaran alam sekitar masyarakat semakin meningkat

ByMadeline Dugat

KUCHING, 23 Nov: Tahap kesedaran rakyat terhadap alam sekitar semakin meningkat dan usaha memperkasa penjagaan dan pemuliharaan akan terus ditingkatkan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tindakan proaktif menerusi pelbagai program yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak adalah penting bagi memastikan kelestarian dalam memulihara alam sekitar.

“Sekarang ini kita dapat melihat kesedaran sudah berlaku, ramai yang pergi memancing mereka akan bawa beg plastik untuk membuang sampah, mereka tidak lagi membuang sampah di laut.

“Kesedaran inilah yang kita perlu tanam dan saya percaya dengan adanya pameran seperti ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran rakyat terutama sekali mereka yang suka pergi ke laut supaya tidak menjadikan laut sebagai tempat untuk membuang sampah,” katanya selepas melancarkan Pameran Pristine Seas Bringing The Ocean Back by National Geographic di Muzium Budaya Borneo hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan projek tukun bebola terpanjang di dunia di Sarawak dari Tanjung Datu ke Lawas sepanjang lebih 100 kilometer membantu pembiakan pelbagai spesies hidupan marin.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak mengisytiharkan beberapa kawasan yang digazet sebagai taman marin seperti Talang Satang Marin Park dan terbaru Luconia Marin.

“Taman negara tidak boleh diambil sembarangan atau dirosak, cuma masalahnya dari segi pelaksanaan penguatkuasaan menjaga taman negara ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan