Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai yang hadir membawa topi keledar lama bagi menukarkannya dengan yang baharu secara percuma di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Foto Bernama

Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ Datuk Jazmanie Shafawi berkata hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) kepada pengunjung yang ingin menukar topi keledar lama di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata walaupun kaunter pertukaran dibuka pada 9 pagi hingga 6 petang, orang ramai telah mula beratur seawal 7.30 pagi.

“Kita mendapat sambutan yang amat baik, kita sediakan 2,000 unit (hari ini) untuk diedarkan kepada penunggang motosikal pada program pertukaran topi keledar bagi meningkatkan keselamatan mereka dengan menggunakan pelindung kepala yang mempunyai kelulusan SIRIM.

“Pembahagian pada hari ini ialah 1,000 unit di sebelah pagi dan 1,000 unit di sebelah petang, namun pengagihan sesi pagi dijangka habis lebih awal kerana setakat jam 10.30 pagi ini, sudah 600 unit topi keledar diedarkan kepada pengunjung,” katanya ketika ditemui pemberita di kaunter pertukaran topi keledar JPJ di sini, hari ini.

Mengenai cadangan untuk menambah kuota unit agihan topi keledar, beliau berkata kuota kekal pada 5,000 unit sahaja untuk Program 2TM selama tiga hari, kerana pihak JPJ akan melanjutkan lagi program pertukaran topi keledar di program-program lain pada masa akan datang.

“Selain daripada kaunter pertukaran, kita juga sediakan kaunter semakan dan pembayaran saman, khidmat advokasi keselamatan jalan raya dan kaunter pendaftaran sistem JPJ,” katanya.

Kaunter pertukaran topi keledar antara pengisian pada Program 2TM bertemakan ‘MADANI di Hati, Rakyat Disantuni’ yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan