Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Covid-19 : Thailand cadang laksana pengesanan kes aktif besar-besaran di pasar segar

BANGKOK, 23 Ogos — Thailand bercadang melaksanakan pengesanan kes aktif secara besar-besaran di semua pasar segar di Bangkok dan di kawasan yang dikategorikan ‘zon merah gelap’, bagi membendung penularan wabak COVID-19. 

Berikutan pasar segar antara penyumbang utama kepada kluster COVID-19, Kementerian Kesihatan Awam berhasrat melaksanakan pengesanan kes aktif di 684 pasar segar di Bangkok dan 28  kawasan ‘zon merah gelap’

Timbalan jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul berkata, sebanyak 132 pasar di 23 wilayah mencatatkan 14,678 kes jangkitan  sejak 1 April hingga 10 Ogos, menurut data Kementerian Kesihatan Awam. 

Beliau berkata pengesanan kes aktif akan dilakukan di semua pasar segar serta kawasan penempatan di Bangkok dan 28 wilayah lain melibatkan lebih 200,000 orang. 

“Sebanyak 850,000 kit ujian antigen COVID-19 akan digunakan dalam program pengesanan itu, dan kemungkinan mengambil masa sebulan,” katanya.  

Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatat 17,491 kes baharu COVID-19 dan 242 kematian, menjadikan jumlah terkini mencecah 1,066,786 dan 9,562 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA)  Dr Taweesin Visanuyothin berkata kes baharu yang dikesan itu termasuk 2,072 melalui pengesanan kes aktif dan tujuh lagi kes import. 

— BERNAMA 

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan