Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warga Myanmar, Murtabis, 28, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi berdepan dua pertuduhan. Foto TVS

Warga Myanmar mengaku salah korek mata lelaki guna tangan

BUTTERWORTH, 22 Nov: Seorang lelaki warga Myanmar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang lelaki pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Murtabis, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Penolong Pendaftar, Mohd Azrul Muhd Sobri.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut ke atas M. Gunalan, 52, di tepi jalan Flat Rethina, Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor kira-kira pukul 2 petang pada 16 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sementara itu, di mahkamah sama, dia turut mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki apa-apa pas yang sah mengikut undang-undang untuk memasuki negara ini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Simpang Tiga, Tasek Gelugor kira-kira pukul 3 petang pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan tidak lebih enam sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan dengan alasan tertuduh bukan warganegara.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan dia diikat jamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 13 Disember depan bagi kehadiran juru bahasa Myanmar.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 52 tahun kehilangan mata kiri selepas seorang lelaki warga asing bertindak mengorek bebola matanya dalam pergaduhan di tepi jalan berdekatan sebuah flat.

Kejadian dikatakan berlaku apabila lelaki itu berang kerana diganggu semasa mangsa didakwa sedang mabuk.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, mangsa dipercayai mengalami kecacatan kekal apabila bebola matanya tidak dapat disambung semula. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan