Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengumumkan bahawa beliau telah memilih Pam Bondi, bekas peguam negara negeri Florida, sebagai Peguam Negara AS yang baharu. Foto AFP

Trump pilih Pam Bondi sebagai peguam negara

ByBernama

WASHINGTON, 22 Nov: Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengumumkan bahawa beliau telah memilih Pam Bondi, bekas peguam negara negeri Florida, sebagai Peguam Negara AS yang baharu, menggantikan Matt Gaetz yang menarik diri daripada pertimbangan, lapor Xinhua.

Dalam pengumuman yang dibuat menerusi platform media sosialnya, Truth Social, Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai peguam negara Florida. Beliau turut menambah bahawa faktor inilah yang mendorong beliau meminta Bondi berkhidmat dalam Suruhanjaya Opioid dan Penyalahgunaan Dadah semasa pentadbiran Trump yang pertama.

Pencalonan Bondi dibuat pada hari yang sama Matt Gaetz, pilihan Trump sebelum ini untuk jawatan pendakwa raya tertinggi itu, menarik diri daripada pertimbangan.

Kontroversi yang tercetus dalam beberapa hari terakhir mengenai dakwaan salah laku seksual bekas anggota Kongres Florida itu menjadikan pencalonannya untuk jawatan peguam negara begitu kontroversi sehingga peluangnya mendapatkan sokongan mencukupi daripada Senator Republikan dalam proses pengesahan semakin tipis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan