Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Manchester City pada Khamis mengesahkan bahawa pengurus Pep Guardiola, yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim 2024/25, telah menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun. Foto AFP

Pep Guardiola lanjut kontrak bersama Manchester City hingga 2027

ByBernama

ISTANBUL, 22 Nov: Manchester City pada Khamis mengesahkan bahawa pengurus Pep Guardiola, yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim 2024/25, telah menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Manchester City sangat bermakna bagi saya,” kata Guardiola selepas majlis menandatangani kontrak.

“Ini adalah musim kesembilan saya di sini. Kami telah melalui begitu banyak detik luar biasa bersama. Saya mempunyai perasaan yang sangat istimewa untuk kelab bola sepak ini. Itulah sebabnya saya sangat gembira untuk kekal selama dua musim lagi,” tambahnya.

Di bawah bimbingan Guardiola, Manchester City menjadi kelab pertama yang merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris empat kali berturut-turut dan pasukan pertama mencapai 100 mata dalam satu musim Liga Perdana.

Pengurus berusia 53 tahun itu telah membawa City memenangi 18 trofi utama dalam lapan musim penuh, termasuk enam gelaran Liga Perdana Inggeris, satu gelaran Liga Juara-Juara UEFA, dan kejayaan treble bersejarah pada musim 2022/23. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan