Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim berucap pada Majlis Malam Apresiasi SUKMA XXI Sarawak 2024 (Zon Tengah). Foto TVS

Sukan SEA 2027: Bukan hanya diadakan di Kuching

SIBU, 22 Nov: Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 yang turut melibatkan Sarawak sebagai tuan rumah bersama mungkin akan diadakan di bahagian lain.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bagaimanapun berkata, perkara tersebut masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan di peringkat pusat.

“Saya akan cuba membawa Sukan SEA 2027 bukan sahaja di Kuching tetapi ke bahagian lain juga.

“Tetapi ia akan diputuskan di Kuala Lumpur, saya tidak boleh menjangkauinya. Sibu dan Miri mungkin menjadi pilihan namun terdapat permintaan dari bahagian lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi SUKMA XXI Sarawak 2024 (Zon Tengah) di Sibu pada Khamis.

Menurutnya, cadangan tersebut disuarakan susulan kejayaan penganjuran SUKMA Sarawak di beberapa bahagian lain di Sarawak pada Ogos lalu.

Sehubungan itu, Karim berharap ada keputusan positif daripada jawatankuasa induk Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata petugas dan sukarelawan yang menjadi ‘hero tak didendang’ disebalik kejayaan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang lalu juga harus diraikan.

Menurutnya, mereka turut menjadi penyumbang disebalik kejayaan SUKMA Sarawak kerana bertungkus lumus di belakang tabir bagi memastikan penganjuran sempurna.

“Selepas tamat SUKMA Sarawak kita mengadakan mesyuarat post-mortem, saya tidak mendengar sebarang komen negatif daripada pasukan terlibat.

“Ini satu petunjuk dan menggambarkan kecekapan yang kita lakukan dalam memastikan segala persiapan seperti pengangkutan, makanan, penginapan dan acara yang diadakan berjalan dengan baik,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri
Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam dan  Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan