Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengenal pasti tujuh daripada lapan mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo

Tujuh daripada lapan mangsa kemalangan ngeri warga Indonesia

SARIKEI, 22 Nov : Polis mengenal pasti tujuh daripada lapan mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo di sini semalam sebagai warganegara Indonesia.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata, ketika ini pihaknya sedang berhubung dengan Konsulat Indonesia bagi mendapatkan butiran terperinci mangsa.

Siasatan awal polis menurutnya juga mendapati rakyat tempatan yang maut dalam kejadian itu berasal dari Sibu berdasarkan kad pengenalan dimilikinya.

“Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 16 hingga 53 tahun.

“Mayat mereka dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kemalangan berlaku selepas pemandu Perodua Alza itu cuba melarikan daripada pemeriksaan.

Katanya, dia kemudiannya bertindak memecut kenderaan itu sehingga memasuki laluan bertentangan di lencongan simpang bulat.

“Sebelum itu, kita membunyikan siren amaran bagi memastikan pemandu memberhentikan kenderaan.

“Bagaimanapun, ia tidak diendahkan sebaliknya memecut laju sebelum bertembung dengan sebuah Hilux yang dinaiki oleh seorang lelaki dan wanita,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 dan masih dalam siasatan lanjut.

Sehubungan itu, polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Mustaqim Idris di talian 010-4427240 atau mana-mana balai polis berhampiran. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan