KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak akan memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak berdasarkan gred kumpulan bermula Januari tahun depan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia sebagai tambahan kepada penyelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Kerajaan GPS juga bersetuju untuk memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak berdasarkan gred Kumpulan dengan kadar seperti berikut.
“RM400 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga Gred 4, RM500 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 5 hingga Gred 8, RM600 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 hingga Gred 15 dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima elaun khas sebanyak RM 700,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Rabu.-TVS