Matu, 20 Nov: Acara Mini Regatta Sungai Matu antara aktiviti tumpuan Pesta Matu 2024 yang mula membuka tirai Jumaat ini, 22 November.
Menurut hantaran Facebook UKAS, pesta tiga hari itu bakal melabuhkan tirai dengan pelepasan akhir pertandingan Raja Sungai Matu pada Ahad, 24 November.
Selain itu, pesta terbabit juga bakal diwarnai dengan pertandingan tarik tali, pertandingan memanah, pertandingan Love Cat dan pelbagai lagi aktivtit menarik lain.
Hantaran turut memberitahu, antara lokasi terlibat termasuk Tapak Pesta Matu, Gerai Komuniti, Dewan MDMD, Tebingan Sungai Matu, Dewan Kampung Sok, Klinik Kesihatan Sekaan dan Stadium MDMD.
“Majlis penangguhan Pesta Matu 2024 akan diadakan jam 10 pagi pada Ahad ini,” ujar kenyataan terbabit.