Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerang bekaul jalai keliling Rembus, ba Kota Samarahan ditutup nyentuk ngagai 21 Januari 2025. Foto: Facebook Sarawak Metro

Separuh jalan di Bulatan Rembus ditutup tiga bulan bagi bina laluan ART

ByFarah Diyana Samsuddin

SAMARAHAN, 20 Nov:  Sebahagian jalan di Bulatan Rembus di sini akan ditutup selama tiga bulan bermula semalam hingga 21 Januari 2025.

Pemberitahuan Sarawak Metro menerusi Facebooknya hari ini mendedahkan ia dilaksanakan bagi kerja-kerja penggantian pembentung dan pembinaan laluan projek Transit Aliran Autonomi (ART).

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di laluan yang berkenaan,” catat kenyataan berkenaan.

Demi keselamatan semua pihak, Sarawak Metro menasihati pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dan mematuhi segala pengurusan trafik.

“Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan,” ujar kenyataan selain berterima kasih atas kesabaran pengguna jalan raya di sini sementara pihaknya berusaha meningkatkan infrastruktur pengangkutan awam di Kuching dan Kota Samarahan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan