Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto fail TVS

SeDidik inisiatif KWPKK, perkasa pembentukan sahsiah kanak-kanak

ByWilly Jali

KUCHING, 19 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KWPKK) melalui penyedia pendidikan awal kanak-kanak milik kerajaan negeri, SeDidik, terus komited untuk memastikan penanaman nilai murni dalam kalangan kanak-kanak menjadi asas yang kukuh bagi pembentukan sahsiah diri.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pelbagai aktiviti sokongan telah dilaksakanan bagi menyediakan asas kukuh untuk pembangunan generasi muda di wilayah ini.

“SeDidik juga menyediakan kemahiran kepimpinan dan amalan menabung melalui pelaksanaan aktiviti berkaitan kepimpinan dan amalan menabung.

“Sehingga kini, 76 peratus kanak-kanak TADIKA berumur 4 hingga 6 tahun telah terdedah kepada pengalaman kepimpinan, dan 100 peratus pusat terlibat dalam amalan menabung dengan jumlah simpanan sebanyak RM437,591,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah Abdullah berkata, kementeriannya turut mengiktiraf usaha agensi yang berkaitan dalam memupuk amalan menabung dalam kalangan kanak-kanak melalui program dan aktiviti yang dijalankan.

“Kementerian juga mengiktiraf usaha agensi lain dalam memupuk tabiat menabung di kalangan kanak-kanak di bawah program dan aktiviti masing-masing.

“Selain itu, untuk memupuk nilai pembinaan sahsiah, kanak-kanak turut diperkenalkan kepada kemahiran menulis melalui kerjasama dengan PUSTAKA Negeri Sarawak dan Lembaga Perpustakaan Negara Singapura (NLB),” ujarnya lagi.

Dengan pelbagai inisaitif yang dirancang, menurut Fatimah SeDidik terus komited dalam melahirkan generasi yang berkualiti, berdaya saing dan berakhlak mulia untuk masa depan Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan