Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lencongan laluan di One Stop COVID-19 MBKS bermula esok

KUCHING: Menyedari kesesakan dan barisan panjang di ‘One Stop Centre COVID-19’ Dewan Masyarakat MBKS di sini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching akan memulakan satu lencongan laluan bermula Selasa, 24 Ogos.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah menyebut lencongan jalan raya ini dibuat kerana mengambil kira jumlah orang ramai yang hadir untuk saringan COVID-19 saban hari.

“Semua pengguna jalan raya yang akan hadir ke Dewan Masyarakat MBKS diarahkan supaya mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas dan juga tanda lalu lintas yang telah diletakkan bagi melancarkan perjalanan keluar dan masuk ke Dewan MBKS,” katanya.

Beliau menasihatkan orang awam agar merancang masa perjalanan mengikut masa operasi pusat yang telah ditetapkan.

Ahsmon menegaskan, tindakan penguatkuasaan berpandukan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diambil sekiranya orang awam mengingkari arahan pegawai polis yang bertugas.

“Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan bagi melancarkan proses saringan COVID-19,” katanya lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Sisatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching di talian 082-241133.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan