Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TDM usir 10 pendatang tanpa izin cuba memasuki Sarawak

KUCHING, 23 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) Markas Divisyen Pertama Infantri (1 Div) berjaya mengusir 10 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang cuba memasuki Sarawak dalam tiga kejadian berasingan pada Ahad.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Div dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam pengusiran pertama yang berlaku pada 2.45 petang, lima individu dikesan cuba memasuki kawasan sempadan Malaysia dari Indonesia di lorong tikus berhampiran batu sempadan di Biawak, Lundu. 

“Setelah ditahan dan disoal siasat, lima individu itu termasuk seorang wanita, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyatakan tujuan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan,” menurut kenyataan itu.

Pengusiran kedua pula berlaku pada 7.15 malam membabitkan tiga individu yang cuba memasuki Malaysia secara haram dengan berjalan kaki dari sempadan ke Ladang Tetangga Akrab, Balai Ringin.

“Pengusiran ketiga berlaku pada 9.45 malam, setelah pasukan serang hendap berjaya menahan dua individu memasuki sempadan Malaysia dari Indonesia di Jalan Ensawang, Lubok Antu, yang mendakwa mereka mahu mengutip hasil kebun,” menurut kenyataan itu.

Kesemua pendatang tanpa izin berkenaan ditahan dan diusir keluar dari sempadan Malaysia serta laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan