Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kejadian langgar lari hingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut manakala ibu bapanya cedera di Lebuhraya Bukit Jalil di sini Jumaat lepas. Foto Envato

Kanak-kanak perempuan maut dilanggar lari, polis tahan pemandu lelaki

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kejadian langgar lari hingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut manakala ibu bapanya cedera di Lebuhraya Bukit Jalil di sini Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata pemandu berusia 31 tahun itu ditahan ketika hadir di JSPT Kuala Lumpur hari ini untuk memberi keterangan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, tiga beranak tersebut terjatuh di atas jalan raya selepas motosikal jenis Honda Beat ditunggang mereka dilanggar kereta milik suspek.

“Ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh orang awam dan anak mangsa berumur tujuh tahun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular di Facebook video rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta berdurasi 28 saat dengan kapsyen mendakwa kereta itu berhenti seketika kemudian membuat pusingan U dan beredar selepas kejadian berlaku.

Rakaman itu, memaparkan kereta jenis BMW 5 Series yang dipandu laju telah merempuh sebuah motosikal sebelum berhenti agak jauh dari kawasan insiden. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan