Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, di luar sesi Sidang Kemuncak G20 di Brazil. Foto Bernama

Anwar, Macron adakan pertemuan dua hala di G20

ByBernama

RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, di luar sesi Sidang Kemuncak G20 di sini.

“Dalam pertemuan ini, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Pertemuan tersebut merangkumi pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan, pertahanan, serta kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI),” kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini, pada Isnin.

Anwar dan Macron turut membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, serta mengucapkan penghargaan kepada Presiden Macron atas sokongan beliau melalui Kerjasama Pembangunan ASEAN-Perancis.

Selain itu, kedua-dua pemimpin itu juga sempat membincangkan isu genosid yang berlaku di Palestin, yang memerlukan gencatan senjata segera serta kerjasama daripada semua pihak untuk menamatkan penderitaan rakyat di sana. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan