Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai. Foto: TVS

FWTA tambah baik kecekapan pengambilan pekerja bukan pemastautin

ByMahathir Haroun

KUCHING, 18 Nov: Pendekatan transformasi pekerja asing (FWTA) yang terdiri daripada platform dan pembangunan infrastruktur diluluskan untuk pelaksanaan.

Menteri di Jabatan Premier Dato Sri John Sikie Tayai berkata, pendekatan ke arah digital itu akan menambah baik kecekapan dan ketelusan proses pengambilan pekerja bukan pemastautin dengan ketara.

Menurutnya, ia juga mengurangkan masa untuk kelulusan permohonan yang mengubah proses semasa untuk pengambilan pekerja bukan pemastautin.

“ILMU (Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh) juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan (Jabatan Imigresen Malaysia) berhubung penyepaduan sistem, perkongsian data dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan dan penyelarasan hal ehwal imigresen di Sarawak yang merupakan komponen utama sistem FWTA.

“Sistem FWTA yang dimiliki dan dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak sedang dalam proses disepadukan dengan sistem MyIMMs milik Jabatan Imigresen Malaysia berikutan pemeteraian MoU tersebut,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya, FWTA juga akan menyumbang kepada meningkatkan kelajuan pemprosesan dan ketelusan semua permohonan diterima.

“Kerajaan Sarawak akan mempunyai set data yang lengkap dan komprehensif yang boleh digunakan untuk menganalisis dan membantu dalam memudahkan proses membuat keputusan yang berkaitan dengan imigresen dan buruh,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan