Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun ke-100 Perjanjian Perdamaian Kapit di Astana Negeri Sarawak hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

TYT bakal sempurnakan Sambutan Ulang Tahun ke-100 Perjanjian Perdamaian Kapit – Alexander

ByWilly Jali

KUCHING, 18 Nov: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dijangka menyempurnakan Sambutan Ulang Tahun ke-100 Perjanjian Perdamaian Kapit pada 8 Disember  ini di Dataran Bandar Kapit.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kerjaya Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Dr Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Sambutan berkata, perayaan itu bertujuan bagi memperingati 100 tahun perjanjian damai antara masyarakat Dayak yang ditandatangani pada 16 November 1924.

“Saya (Pengerusi Sambutan) dari jawatankuasa yang menganjurkan perayaan 100 tahun perdamaian antara kaum (Dayak) yang berlaku tahun 1924. Sekarang sudah 100 tahun. Jadi, perayaan ini akan diadakan selama empat hari iaitu pada 5 hingga 8 Disember.

“Dengan ini, kami menjemput Tun Dr Wan Junaidi dan Toh Puan untuk bersama di Kapit untuk meraikan bersama pada 8 Disember,” katanya.

Menurutnya, perayaan ini akan dihadiri hampir 500 ketua kaum Dayak di Sarawak termasuklah Indonesia.

Jelas Alexander Nanta, acara juga bakal diisi dengan perkongsian bersama antropologi terkemuka semasa sesi seminar yang akan diadakan pada 6 dan 7 Disember di Dataran Bandar, Kapit.

“Sepanjang perayaan itu akan ada beberapa acara termasuklah sesi seminar di mana (antropologi) yang terkemuka dalam bidang ini untuk membentangkan kertas kerja yang akan dihadiri hampir 500 ketua kaum dari kaum Dayak di Sarawak.

“Selain itu, ada juga dari Indonesia iaitu, Kalimantan yang datang kerana perdamaian juga turut melibatkan antara kaum Dayak di Sarawak dan juga di Kalimantan,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, perayaan turut dimeriahkan lagi dengan acara regatta, perarakan bot dan acara kemuncak iaitu majlis resepsi besar-besaran akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 8 Disember.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan