Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPWK mengambil maklum perkadaran nisbah bilangan OKU autisme berdaftar berbanding bilangan pusat autisme di seluruh negara masih tidak mencukupi. Foto hiasan, Envanto.

Dewan Rakyat: Pusat jagaan autisme di Malaysia tidak mencukupi

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan terdapat sebanyak 33 buah pusat jagaan autisme berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 31 Oktober lepas.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata bagi tempoh sama juga, pendaftaran orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran kategori austime pula seramai 65,191 orang.

Katanya kementerian mengambil maklum nisbah bilangan OKU autisme berdaftar berbanding bilangan pusat jagaan di seluruh negara di bawah kendalian JKM atau agensi kerajaan yang lain masih tidak mencukupi.

“Justeru kerajaan sentiasa cuba melaksanakan inisiatif yang dapat memberi sokongan perkhidmatan termasuklah kerjasama dengan komuniti serta badan-badan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSK), antaranya (melibatkan) Program Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK).

“Ketika ini terdapat sebanyak 573 buah PDK sedang beroperasi di seluruh negara dan sehingga September 2024, seramai 19,907 OKU sedang menerima perkhidmatan PDK di seluruh negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Alias Razak (Perikatan Nasional-Kuala Nerus) yang meminta KPWKM menyatakan perancangan kementerian bagi meningkatkan bilangan pusat autisme di seluruh negara dan sejauh mana bantuan serta insentif yang diberikan kepada pengusaha swasta dalam usaha ini.

Mengulas mengenai inisiatif, beliau menjawab beberapa insiatif telah dilaksanakan bagi merapatkan jurang penawaran dan permintaan terhadap perkhidmatan dan sokongan termasuklah kerjasama dengan komuniti serta PSK.

“Ia melibatkan Program Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Perkhidmatan TASKA OKU dan Kerjasama strategik dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (Pakatan Harapan – Batu Pahat) mengenai punca berlakunya austime, Nancy berkata perkara berkata perkara itu masih dikaji kerana spektrum autisme yang meluas dan tidak menentu.

“Keperluan bergerak maju bergantung kepada spektrum mereka (individu autisme), jadi perkara ini hanya pakar sahaja yang tahu tetapi kita bekerjasama dengan pihak pakar untuk menentukan (puncanya).

“Kita masih belum memiliki banyak kepakaran (namun) pada masa ini seramai 498 ahli terapi pertuturan telah berdaftar dengan JKM selain ahli terapi cara bekerja seramai 2,477 telah berdaftar,” katanya lagi.

Menyedari perkata itu, Nancy berkata negara memerlukan pembangunan ekosistem lebih besar serta menjalankan modul asuhan kanak-kanak yang akan dilancarkan pada Sambutan Hari Kanak-Kanak kelak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan