Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden letupan kecil berlaku di sebuah kilang perindustrian Taman Samalaju. Foto JBPM

Insiden letupan kecil berlaku di sebuah kilang perindustrian Taman Samalaju

BINTULU, 17 Nov: Satu insiden letupan kecil melibatkan mesin pemanas berlaku di sebuah kilang perindustrian di Taman Samalaju di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Elvinas Lai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 3.12 petang dengan menggerakkan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira empat minit untuk sampai ke lokasi kejadian yang jaraknya terletak kira-kira tiga kilometer.

“Setibanya di lokasi tiada lagi berlaku kebakaran dan letupan yang melibatkan mesin pemanas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran berkenaan telah berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihak kilang sebelum kebakaran merebak ke kawasan lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan