Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Pan Borneo Batu 17, Simpang Bakun, Bintulu, hari ini. Foto JBPM

Dua cedera parah, kemalangan dua kenderaan di Bintulu

BINTULU, 17 Nov: Dua cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Pan Borneo Batu 17, Simpang Bakun, di sini, hari ini.

Komander Operasi, Polly Untang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.15 petang dengan menggerakkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Kancil dan Hilux yang melibatkan dua mangsa cedera parah manakala lima mangsa mengalami kecedaraan ringan.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan tanpa menggunakan peralatan RTA. Pihak bomba bertindak mengangkat mangsa ke dalam EMRS menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak EMRS Bintulu bertindak menghantar tiga mangsa cedera manakala pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghantar dua mangsa ke hospital bagi mendapat rawatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan