Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merakam gambar kenangan semasa Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan November di Dataran Ibu Pertiwi di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Tarian budaya pelbagai etnik tarik pelancong ke Dataran Ibu Pertiwi

KUCHING, 17 Nov: Persembahan tarian sempena upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi mendedahkan kepelbagaian budaya di Sarawak sekali gus menjadi platform menarik kehadiran pelancong pada Ahad pertama setiap bulan ke Dataran Sri Pertiwi.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, tarian etnik Kedayan, Lun Bawang, Bisaya dan Tagal yang dipersembahkan memaparkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Pagi ini dipersembahkan tarian kebudayaan daripada beberapa suku kaum dan ini sudah tentu akan menarik minat pelancong.

“Saya juga ingin melihat ia dilaksanakan dengan kerjasama pemain industri pelancongan seperti hotel agar pelancong tahu mengenai acara ini semasa mereka menginap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan November di Dataran Ibu Pertiwi di Kuching pada Ahad.

Tiang Bendera Ibu Pertiwi menyaksikan Sarawak melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) untuk rekod tiang bendera tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu dengan ketinggian 99.4 meter.

Ibu Pertiwi membawa maksud kedaulatan kepada Sarawak selain menunjukkan kehebatan Sarawak dengan bendera berwarna merah, hitam dan kuning itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan