Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bergambar bersama-sama pemain yang menyertai Pertandingan Pickleball Tertutup JKKK Santubong. Foto TVS

Pickleball semakin berkembang di Sarawak

ByMahathir Haroun

KUCHING, 17 Nov: Pickleball di Sarawak berpotensi untuk terus berkembang sebagai sukan komunti dan kompetitif pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, dengan sokongan dan usaha berterusan, pickleball mampu menjadi salah satu sukan pilihan di Sarawak.

“Kita lihat sekarang sukan ini (pickleball) semakin mendapat tempat dalam kalangan komuniti termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

“Ia merupakan petanda positif bagi membolehkan sukan ini terus berkembang pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pertandingan Pickleball Tertutup JKKK Santubong di Dewan Masyarakat Kampung Santubong hari ini.

Perlawanan akhir beregu campuran menyaksikan Sourabaya Indah mengalahkan Santubong 2-1.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, penglibatan setiap lapisan masyarakat terutama generasi muda dalam pickleball dapat mengelak mereka terjebak dalam aktiviti tidak sihat.

“Sekarang kita lihat di mana-mana tempat, sukan ini semakain diminati dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Pickleball merupakan gabungan beberapa elemen sukan lain seperti badminton, tenis, dan pingpong menjadikannya menarik serta sesuai untuk semua peringkat umur.

Ia dimainkan di atas gelanggang bersaiz kecil menggunakan raket berbentuk rata dan bola plastik berlubang.

Sukan tersebut boleh dimainkan dalam format perseorangan atau beregu.

Hadir sama Penghulu Santubong Penghulu Suhaili Kifli dan Ketua Kampung (KK) Santubong Hardi Morni-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan