Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad Datuk Mohd Muazzam Mohamed pada Program Santuni Komuniti Nelayan Kampung Muara Tebas di Dewan Komuniti Kampung Muara Tebas di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Bank Islam kukuh hubungan dengan komuniti nelayan Muara Tebas

KUCHING, 16 Nov: Program Santuni Komuniti Nelayan Kampung Muara Tebas dari 14 hingga 16 November merupakan inisiatif yang memberi manfaat kepada penduduk setempat di kawasan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata, penganjuran program tersebut adalah satu usaha Bank Islam Malaysia Berhad memberikan impak yang baik kepada masyarakat di Sarawak.

Menurutnya, program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu secara tidak langsung merapatkan hubungan antara pihak bank dengan komuniti nelayan selain mengembanhkan perniagaan perbankan di Sarawak.

“Jadi ini adalah sebahagian daripada usaha kami yang mana selain daripada mengembangkan perniagaan perbankan di Sarawak, kami juga memastikan mempunyai program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Jadi besar harapan saya usaha yang kita lakukan ini memberi manfaat bukan sahaja kepada Bank Islam yang memperkenalkan jenama kepada masyarakat Sarawak tetapi pada masa sama dapat memberikan impak yang baik kepada masyarakat di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Santuni Komuniti Nelayan Kampung Muara Tebas di Dewan Komuniti Kampung Muara Tebas di Kuching pada Sabtu.

Pada masa sama, sejumlah RM10,000 zakat pelajar sekolah diserahkan Bank Islam Malaysia Berhad kepada 50  penerima.

Terdapat beberapa aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan dan aktiviti membuat baja kompos daripada sisa-sisa laut bersama komuniti nelayan.

“Kita melibatkan aktiviti yang melibatkan komuniti perkampungan nelayan di sini yang mana kita berkongsi berkenaan dengan kesedaran bahaya merokok dan vape dalam kalangan anak muda.

“Jadi, kami juga mengambil kesempatan untuk memberikan sumbangan kepada pelajar sekolah sini,” jelas Mohd Muazzam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan