Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perdana Menteri lawat kawasan bencana di Kedah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kedah untuk melawat beberapa kampung di Yan dan Kuala Muda yang terjejas akibat kejadian banjir kilat dan fenomena kepala air yang berlaku pada Rabu lepas.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas kira – kira pukul 11.05 pagi tadi menerusi penerbangan khas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor.

Menurut Perdana Menteri, beliau berasa sedih dan hiba apabila menyaksikan sendiri kesan bencana berkenaan yang menyebabkan 1,856 kediaman dan premis perniagaan musnah selain korban nyawa.

” Banjir buruk yang berlaku telah meragut enam nyawa dan ketika saya berada di Titi Hayun, mayat mangsa keenam yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai ditemui oleh pasukan penyelamat. Al Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban,” katanya.

Turut mengiringi lawatan beliau ialah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor.

Terdahulu, Perdana Menteri juga melawat dan meninjau keadaan di Merbok dan Tupah di Kuala Muda yang turut terjejas akibat kejadian berkenaan.

Di situ, Ismail Sabri diberikan taklimat oleh pihak berkuasa tempatan mengenai keadaan terkini serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masih berlangsung.

Dalam kejadian kira -kira pukul 3 petang selepas hujan lebat di kawasan berkenaan, berlaku kejadian tanah runtuh dan limpahan air dari kawasan bukit yang mengorbankan lima mangsa.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan kerosakan terhadap beberapa buah pusat peranginan di sekitar kawasan kaki Gunung Jerai selain laluan yang menghubungkan pelancong ke puncak gunung berkenaan turut terputus.

Ketika lawatan di Taman Lembah Merbok, Perdana Menteri turut mengambil peluang bertanya khabar kepada mangsa serta meninjau keadaan rumah penduduk dan seterusnya menyampaikan sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Lawatan pada hari ini merupakan program rasmi pertama Ismail Sabri selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu lepas. – TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan