Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada produk tradisional tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi yang dirampas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang di dua buah premis di Jelutong di sini pada 4 November lalu. Foto JKN

70,000 kotak produk tradisional, kosmetik bernilai RM10.1 juta dirampas

GEORGE TOWN, 15 Nov: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang merampas kira-kira 70,000 kotak produk tradisional tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai RM10.1 juta selepas melakukan serbuan ke atas dua buah premis di sekitar Jelutong di sini pada 4 November lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Fazilah Shaik Allaudin berkata, Ops Joint tersebut dilaksanakan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras penjualan produk berkenaan berdasarkan aduan awam.

“Hampir 70,000 kotak produk tradisional tidak berdaftar dan 70 kotak kosmetik tidak bernotifikasi berjaya dirampas menerusi operasi itu.

“Para pengguna dinasihati sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan atau testimoni di laman web dan media sosial serta aplikasi e-dagang dengan tuntutan perubatan tidak munasabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penjualan produk tersebut didapati melanggar Peraturan 7(1)(a) dan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak lebih RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat, boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Menurutnya, orang awam boleh menyemak status pendaftaran ubat atau notifikasi kosmetik dengan melayari laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan Product Status atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-7883 5400 atau melalui aplikasi NPRA Product Status di telefon pintar. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found