Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Negeri Argentina Gerardo Werthein, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX Elon Musk, Presiden Argentina Javier Milei, Presiden Amerika Syarikat terpilih Donald Trump, dan Setiausaha Agung Pejabat Presiden Argentina Karina Milei bergambar di Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida, pada 14 November 2024. Foto AFP

Presiden terpilih Trump bertemu pemimpin luar negara pertama, Presiden Argentina Milei

ByBernama

MOSCOW, 15 Nov: Presiden terpilih AS Donald Trump bertemu dengan Presiden Argentina Javier Milei pada Khamis, lapor Sputnik berdasarkan catatan setiausaha akhbar pemimpin Amerika Selatan Manuel Adorni di media sosial.

Pertemuan itu berlangsung di estet Mar-a-Lago Trump di Florida.

Adorni menyiarkan foto di platform X iaitu dari kiri ke kanan, Menteri Luar Argentina Gerardo Werthein, ahli perniagaan Elon Musk, Milei, Trump dan kakak Milei, Karina bergambar. Musk, yang kebelakangan ini berperanan sebagai penasihat tidak rasmi tetapi rapat kepada Trump, mendukung seorang kanak-kanak perempuan.

Milei dengan itu menjadi pemimpin asing pertama yang bertemu dengan presiden terpilih AS.

AP melaporkan memetik sumber, bahawa pertemuan itu berjalan lancar, sambil menambah bahawa Milei juga bertemu dengan pelabur.

Pilihan raya presiden berlangsung di AS pada 5 Nov. Calon Republikan Donald Trump, yang berkhidmat sebagai presiden AS pada 2017-2021, diisytiharkan sebagai pemenang oleh semua penganalisis pilihan raya utama dan rangkaian termasuk Associated Press, Decision Desk HQ, Fox News serta CNN, NBC, ABC, dan CBS dari konsortium National Election Pool, selepas memperoleh cukup undi dalam Badan Perwakilan Pemilih untuk memenangi pilihan raya itu. Calon Demokrat Kamala Harris mengakui kekalahan dalam ucapan kepada para penyokongnya dan Presiden AS Joe Biden mengucapkan tahniah kepada Trump.

Badan Perwakilan Pemilih, yang terdiri daripada pemilih presiden dari setiap negeri, akan mengundi bagi calon yang dipilih oleh pengundi negeri masing-masing pada 17 Dis dan keputusan itu akan disahkan oleh Kongres pada 6 Jan. Majlis pelantikan presiden akan diadakan pada 20 Jan.

Trump menjadi presiden AS pertama sejak abad ke-19 yang dipilih untuk penggal tidak berturutan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan