Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan

746 pengusaha inap desa jana pendapatan hampir RM5 juta

KUCHING, 15 Nov: Sebanyak 746 pengusaha inap desa di Sarawak menjana pendapatan hampir RM5 juta melibatkan 41,168 pelawat dari Januari hingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, setakat September 2024, terdapat 57 kluster inap desa dengan 746 pengusaha bersama tiga pengusaha kluster Kampungstay yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Sebanyak 1,587 bilik inap desa berdaftar manakala 30 bilik melibatkan Kampungstay,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Datuk Dennis Ngau pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya, MOTAC komited untuk mengukuhkan ekonomi penduduk luar bandar terutama melalui Program Pengalaman Inap Desa Malaysia.

Sementara itu beliau berkata, di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), sebanyak 15 projek di bawah kluster inap desa diluluskan dengan peruntukan RM2.11 juta.

“Dana ini bertujuan untuk menaik taraf kemudahan awam dalam kluster inap desa,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan