Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

Kerja naik taraf fasiliti kesihatan tunjuk perkembangan positif

KUCHING, 15 Nov: Kerja menaik taraf fasiliti kesihatan di seluruh Sarawak menunjukkan perkembangan positif.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, isu berkaitan kesihatan antara fokus yang dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sarawak Bil. 2/2024.

Menurutnya, mesyuarat yang diadakan pada 9 September lalu itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

“Pelbagai isu dibincangkan dan menunjukkan perkembangan positif, ia termasuk peningkatan taraf fasiliti kesihatan khususnya klinik daif dan projek rintis Fasiliti Kesihatan Sarawak.

“Namun demikian, masih banyak lagi perkara yang akan terus kita bincangkan dan harap dapat banyak lagi persetujuan dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkenaan status terkini perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terutama berkaitan autonomi pendidikan serta kesihatan Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Menurut Hasidah, beberapa jawatankuasa kerja ditubuhkan bagi membincangkan dan menyelesaikan permintaan yang dikemukakan Kerajaan Sarawak.

“Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada Kerajaan Sarawak dan Sabah untuk meningkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di kedua-dua negeri ini.

“Ia khususnya melalui penambahbaikan proses kerja pembaharuan lesen secara pendigitalan (CKAPS),” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan