Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar kini dalam lawatan rasmi ke negara itu antara lain bagi menyertai Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di sini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM serah 50 naskhah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

ByBernama

LIMA (Peru), 15 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan 50 naskhah al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam Bahasa Sepanyol kepada Persatuan Islam Peru di sini.

Serahan kitab suci itu dibuat semasa pertemuan beliau bersama anggota persatuan itu yang diketuai oleh Presidennya, Murad Hamida.

Anwar berkata pada pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu, antara perkara dibincangkan ialah pembangunan umat Islam di Peru.

“Mereka turut memuji usaha Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di Palestin dan Lubnan yang ditindas oleh rejim Zionis Israel,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Turut dibangkitkan komitmen Malaysia dalam memudahkan urusan pensijilan halal serta membantu pendidikan Islam dan dakwah dalam kalangan komuniti Islam di Peru.

Anwar kini dalam lawatan rasmi ke negara itu antara lain bagi menyertai Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di sini.

Ia adalah lawatan rasmi pertama beliau ke Peru dan rantau Amerika Latin serta Caribbean sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Peru, yang terletak di barat Amerika Selatan, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara serta Brazil di sebelah timur.

Lima, ibu negara Peru dengan jumlah penduduk seramai 11.36 juta, menganjurkan mesyuarat APEC buat kali ketiga selepas 2008 dan 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan