SETAKAT Ahad, sebanyak 55.6 peratus atau 13,022,246 populasi dewasa di Malaysia telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Menurut infografik yang dimuat naik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat Ahad juga, 18,258,947 individu telah menerima dos pertama.
Ia menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,281,193 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 441,100 dos diberikan pada Ahad dengan 303,545 merupakan dos kedua.