Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPT melihat keperluan wujudkan pusat kajian dan institusi halal ASEAN untuk kukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.Foto hiasan, Envanto.

Dewan Rakyat: Pusat kajian halal ASEAN kukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melihat perlunya mewujudkan pusat kajian dan institusi halal ASEAN sebagai satu langkah strategik untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sijil halal Malaysia sudah lama diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia serta sangat dipercayai di luar negara.

Dewan Rakyat: AI tidak dapat ganti fungsi manusia sepenuhnya dalam sistem perundangan

“Dalam konteks ini, Malaysia perlu terus menjadi pusat rujukan di antarabangsa. Seperti yang saya katakan tadi, kita melaksanakan inisiatif seperti International Institute for Halal Research and Training (INHART) yang diterajui oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Memandangkan Malaysia bakal menjadi pengerusi ASEAN tahun hadapan, KPT bersama agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berharap supaya konsep baharu boleh diperkenalkan agar negara ASEAN dapat bergabung dan meneroka persijilan serta industri halal,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Barisan Nasional – Paya Besar) yang ingin tahu sekiranya KPT melihat Malaysia perlu mewujudkan sebuah pusat kajian dan institusi halal di peringkat ASEAN sebagai langkah untuk melihat peluang dan penambahbaik sektor dan pasaran dunia.

Sementara itu Zambry memaklumkan terdapat 12 universiti awam (UA) yang menyediakan program holistik berkaitan pengurusan halal.

“Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempunyai program yang dirangka dalam mengguna pakai modul Halal Quality Management System. Ia merupakan standard piawaian yang digunakan oleh Board of Directors Standard and Metrology Institute for Islamic Countries (SMIIC) bagi mendukung aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hub halal terkemuka dunia dan juga melahirkan usahawan dan eksekutif dalam bidang halal,” katanya.

Universiti Utara Malaysia (UUM) pula katanya mempunyai Islamic Business School (UUM IBS) yang memfokuskan kepada penghasilan graduan dalam bidang pengurusan perniagaan termasuklah dalam aspek pengurusan halal. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan