BINTULU, 14 Nov: Kebakaran sebuah kilang penyimpanan ‘chipboard’ di Kemena Industry Bintulu di sini yang musnah seratus peratus dapat dikawal sekitar 4.30 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran terbabit kira-kira jam 2.13 pagi tadi.
Sejurus itu laporan PGO mencatatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan BBP Kidurong (Balai Bantuan) dikerahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan 15 anggota termasuk lima dari balai bantuan.
Menurutnya operasi melibatkan dua aliran 300 kaki tiga pancutan sumber air daripada pili Bomba dan pam jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran.
Setakat berita ini ditulis menurut PGO kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.
“Kerja-kerja ovalhaul giat dilakukan ketika ini dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” jelas laporan pagi ini. – TVS