Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita berusia 38 tahun itu ditahan polis untuk siasatan lanjut. Foto PDRM

Wanita serang jiran ditahan

TAWAU, 13 Nov: Seorang wanita ditahan selepas menceroboh sebelum menyerang jirannya hingga cedera dalam kejadian di Batu 4, Jalan Apas, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang juga seorang wanita mengenali suspek yang berusia 38 tahun dan hidup berjiran sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian ini berlaku akibat salah faham.

Katanya, suspek beranggapan bahawa mangsa telah menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Hal ini menyebabkan suspek bertindak agresif dengan merosakkan pagar zink rumah dan memukul mangsa sehingga luka di kedua-dua lengannya.

“Susulan kejadian itu, pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau membuat serbuan dan menahan suspek wanita di sebuah pondok di Batu 4, Jalan Apas, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan dan polis sedang mengesan suami kepada suspek untuk membantu siasatan lanjut.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan perjudian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun yang sama,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan