Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak JAS telah melakukan pemeriksaan terhadap 287 kenderaan dan sebanyak 47 syor kompaun telah dikeluarkan setakat ini. Foto TVS

Sebanyak 33 Ops Gerak Kebangsaan dijalankan sepanjang 2024

SERIAN, 13 Nov: Sebanyak 33 Operasi Gerak Kebangsaan telah dijalankan sepanjang tahun 2024 bagi memastikan pelepasan asap dari ekzos kenderaan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Pindaan 2000.

Timbalan Pengarah Kanan Operasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, Mohamad Zaihan Lek berkata, pihak JAS telah melakukan pemeriksaan terhadap 287 kenderaan dan sebanyak 47 syor kompaun telah dikeluarkan setakat ini.

Katanya, semasa operasi gerak bersama lima agensi lain turut mendapati beberapa kesalahan mengikut punca kuasa masing-masing.

“Sepanjang tahun 2024 kita ada 33 operasi termasuk hari ini melebihi sasaran kita sebanyak 30 operasi setahun sebab kita ada seluruh negeri kita ada empat orang sahaja menjalankan 30 operasi dan pemeriksaan ke atas kendaan dan kita ada sebanyak 287 dan sejumlah 47 syor kompaun kita telah keluarkan di seluruh Sarawak.

“Secara umum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menjalankan operasi untuk hari ini dengan 35 tindakan bagi pelbagai kesalahan, pihak polis trafik ada 5 lima tindakan atas pelbagai kesalahan, Jabatan Imigresen telah membuat 11 pemeriksaan dan didapati ada lima kesalahan manakala Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak menjalankan 11 ujian dan dua didapati positif,” jelasnya.

Beliau berucap semasa Majlis Perasmian Operasi Gerak Kebangsaan sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Serian pada Rabu.

Sebanyak enam agensi yang terlibat dalam menjayakan Operasi Gerak Kebangsaan sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 peringkat negeri Sarawak.

Antaranya ialah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak, Jabatan Imigresen Negeri Sarawak dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

Hari Ozon Sedunia disambut pada 16 September pada setiap tahun dan temanya tahun ini adalah “Advancing Climate Change” dengan objektif memberi informasi mengenai kepentingan lapisan ozon serta kesannya kepada alam sekitar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan