Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ops Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan di R&R Awan Besar, Lebuhraya Shah Alam. Foto Amirah Shawel (TVS)

1123 kompaun, 82 perintah larangan dikeluarkan sepanjang Ops Gerak

ByAmirah Shawel

SHAH ALAM, 13 Nov: Sebanyak 1,123 tawaran kompaun dan 82 perintah larangan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan bermotor atas kesalahan pelepasan bahan pencemar melebihi standard.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kesemua kompaun dan perintah larangan itu dikeluarkan sepanjang Ops Gerak Kenderaan Bermotor dari Januari hingga Oktober 2024.

Jelas beliau, tawaran kompaun yang diberikan pada operasi itu adalah terhadap kenderaan yang tidak diselenggara dalam tempoh yang lama.

“Lagi-lagi bila kenderaan tu dah lama sehingga 20 tahun tidak diselenggara dengan baik dapat lihat masalah asap semakin hitam.

“Ini juga akan memberi kesan kepada pemandu kerana terdedah kepada bahan api tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Ops Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan di R&R Awan Besar, Lebuhraya Shah Alam, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Datuk Nor Yahati Awang dan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Dato Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

Menerusi pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (2024), Seksyen 22, akta ini memperuntuk hukuman denda RM10,000 sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun berkaitan pencemaran udara.

Terdahulu, sebanyak 335,648 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi itu.

Penguatkuasaan dijalankan tertakluk kepada beberapa peraturan seperti Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Enjin Petrol 1996, Bunyi Bising Kenderaan Motor 1987, dan Pelepasan Daripada Motosikal 2003. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan