Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Martin Ben

DUN Sarawak: Tanaman guarana dilarang, ancam industri getah Malaysia

ByRegina Lee

KUCHING, 13 Nov: Aktiviti tanaman guarana, sejenis pokok herba menjalar dilarang sepenuhnya di negara ini bagi menjaga kepentingan industri getah Malaysia yang bernilai lebih RM18 bilion setahun.

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Martin Ben, Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 (Peraturan 7) telah menetapkan pelarangan pengimportan tumbuhan dari negara endemik bagi penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB).

“Penyakit SALB telah menyebabkan kemusnahan pada tanaman getah di negara seperti Brazil, Columbia dan Costa Rica.

“Kerajaan Brazil dengan jelas melarang pengeksportan benih guarana untuk penanaman dan sekiranya Kerajaan Malaysia, jabatan, agensi, mana-mana syarikat atau individu membiakkan dan mengkomersialkan tanaman guarana, Kerajaan Brazil boleh mengenakan tindakan amaran, sita dan penalti sehingga R$10 juta Real Brazil (RM7.7 juta),” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau yang ingin tahu apakah larangan dan tindakan berhubung dengan penanaman Kopi Guarana (paulinia cupana) terutamanya di kawasan Utara Sarawak.

Martin menegaskan, tanaman guarana dan kopi adalah dua tanaman yang berbeza, dan produk minuman berasaskan guarana sering dipromosikan sebagai ‘kopi’ guarana.

Justeru katanya masyarakat secara umum beranggapan bahawa guarana adalah kopi dari keluarga yang sama memandangkan guarana juga merupakan salah satu tumbuhan yang mengandungi kafein.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pertanian Sarawak masih menguatkuasa larangan terhadap penanaman guarana kerana sehingga kini, syarikat yang terlibat dalam pengimportan guarana ke Malaysia masih tidak dapat mengesahkan pematuhannya terhadap prosedur yang telah ditetapkan.

“Di bawah undang-undang No.13, 123/15, 20 Mei 2015 (Access and Benefits Sharing of Genetic Resources and Associated Traditional Knowledge (ABS), tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal yang terlarang boleh disita, ditahan dan dihapuskan.

“Mana-mana individu yang membawa masuk komoditi terlarang ini boleh dikenakan saman tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali mengikut Seksyen 19A Akta 167,” katanya lagi.

Menjawab soalan tambahan, Martin mengulas lanjut, penanaman guarana juga berisiko membawa penyakit baharu lain seperti Colletotrichum Guaranicola yang dilaporkan bukan sahaja menyerang spesies guarana, tetapi juga tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, pisang, mangga, dan cili.

Katanya buat masa ini maklumat mengenai penyakit C. guaranicola adalah terhad, maka akan menyukarkan kawalan dilakukan sekiranya serangan ini berlaku di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan